Kategori Berita Antarabangsa

Nahas pesawat Nepal, juruterbang terbunuh

27 MEI: Seorang juruterbang terbunuh manakala dua lagi cedera parah selepas pesawat kargo kecil yang mereka naiki terhempas tidak jauh daripada lapangan terbang Lukla dalam wilayah Everest di Nepal hari ini.

Seorang pegawai polis kanan, Madhad Budhathoki dipetik sebagai berkata, ketika kejadian, cuaca buruk hingga menyukarkan jarak penglihatan.

Difahamkan, pesawat tersebut milik sebuah syarikat penerbangan swasta di Nepal.

Lapangan terbang yang dikenali sebagai Tenzing Hillary itu sebelum ini disenaraikan sebagai antara lapangan terbang berbahaya di dunia kerana terletak pada ketinggian 2,843 meter di atas paras laut. -DPA

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 May 2017 10:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: