Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Naib Ketua Pemuda PAN mengaku tidak bersalah

18 JULAI: Naib Ketua Pemuda PAN mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas  pertuduhan mengunci pintu pagar ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 23 Mei lalu.

Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, 30, memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Shazni didakwa merantai dan mengunci pagar hadapan pintu utama pejabat SPR, yang menghalang penghuni bangunan itu daripada menggunakan pintu terbabit sehingga menyebabkan kegusaran.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di pintu utama bangunan SPR, Presint 2, Putrajaya sekitar jam 11 pagi pada Mei lalu.

Shazni didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum denda maksimum RM400.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 beserta seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 July 2017 2:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: