Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Naib Presiden WARISAN bebas

13 OKT: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony dibebaskan bermula hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Proses pembebasan Peter dibuat di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus di Hospital Pakar Damai pada jam 9.45 pagi tadi.

SPRM diwakili Pegawai Pendakwaan, Mohd Faliq Basiruddin, manakala peguam Martin Tommy bagi pihak Peter.

Beliau dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu selepas selesai prosiding menyambung perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Peter disambung reman tiga hari selepas tempoh tahanan reman lima hari yang dikeluarkan berakhir pada Jumaat lalu.

Pada minggu lalu, Peter dan seorang ahli perniagaan berumur 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana awam projek pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Sehingga hari ini, tujuh individu sudah ditahan termasuk ahli perniagaan, Hamid Apdal yang juga adik Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Pemuda WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman, Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 October 2017 11:15 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]