Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib jumpa penyandang Ahli Parlimen BN

16 APRIL: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua bekas penyandang kerusi Parlimen BN.

Perjumpaan tersebut yang bermula sejak 9 pagi tadi diadakan di Kediaman beliau di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Yang turut kelihatan memasuki kompleks tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Difahamkan perjumpaan ini adalah sebagai menyampaikan amanat beliau kepada semua bekas MP untuk menerima apa jua keputusan sama ada digugurkan atau dikekalkan apabila senarai calon diumumkan dalam masa terdekat.

Ia juga sebagai peringatan kepada semua bekas MP untuk tidak sabotaj parti jika nama mereka tidak dicalonkan dan terus setia kepada parti.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 10:24 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: