Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib ajak semua jumpa malam ini Bukit Jalil

11 MEI: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak orang ramai bersama meraikan sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di 
Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Perdana Menteri menambah, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi mengisi pengertian sambutan penuh bermakna itu.

“Saya difahamkan ribuan ahli UMNO dari seluruh negara akan hadir memeriahkan sambutan Ulang Tahun ke-71 UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

“Jika berkelapangan, marilah hadir sama-sama memeriahkan sambutan. Kepada saudara dan saudari UMNO yang telah bersiap siaga sejak sekian lama 
untuk hadir sambutan, kita jumpa malam ini! Hidup UMNO!,” katanya dalam entri terbaharu di akaun Facebook hari ini.

“Alhamdulillah, hari ini genap sudah 71 tahun parti UMNO yang kita cintai ini menongkah arus dan mendepani cabaran membawa negara Malaysia ke 
lembah kejayaan,” kata Perdana Menteri lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 May 2017 5:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: