Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib akan umum pendebat terbaik MP mahasiswa

20 JULAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan pendebat terbaik Persidangan Parlimen Mahasiswa 2017 dalam masa terdekat.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata majlis pengumunan dijadualkan berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri.

“Najib sepatutnya menghadiri sesi makan malam dengan perwakilan Parlimen Mahasiswa malam tadi. Namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan majlis tersebut tidak dapat diadakan.

“Perdana Menteri tidak mahu diwakilkan dan beliau mahu berjumpa sendiri dengan perwakilan Parlimen Mahasiswa. Nama pembahas terbaik akan diumumkan sendiri oleh Najib pada pertemuan itu nanti,” kata Aziz selepas sesi Sarapan Pagi dan Sesi Bertemu Tokoh bersama Perwakilan Persidangan Mahasiswa 2017 di bangunan Parlimen.

Parlimen Mahasiswa pada sesi tahun ini disertai 209 pemimpin pelajar daripada 20 institusi pengajian tinggi awam serta lima institusi pengajian tinggi swasta.

Persidangan dua hari bermula Selasa lalu membahaskan usul seperti pendidikan tinggi dan perlaksanaan Transformasi Nasional 2050.

Persidangan Parlimen Mahasiswa dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pembahas terbaik berpeluang menjejaki universiti ulung dunia Oxford di bawah tajaan Mubarak.

Selain itu, terdapat cadangan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa pendebat terbaik bertanding di bawah tiket Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-14.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 July 2017 4:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: