Kategori Berita Utama

Australia tak beri layanan istimewa jika Mahathir jadi PM

18 MAC: Layanan istimewa oleh kerajaan Australia terhadap Malaysia semasa sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 20018 membuktikan kerajaan BN terus disegani di persada dunia.

Ia sekaligus menafikan berita palsu disebarkan oleh pihak tertentu yang didakwa cuba mengagalkan perjalanan sidang terbabit yang bermula semalam hingga hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kiri) bersama rakan sejawat, Malcolm Turnbull

Menerusi blog rasminya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pertemuanya dengan rakan sejawat, Malcolm Turnbull membincangkan pelbagai isu terutama hubungan dua negara dan global.

“Di sidang ini, Malaysia diberi penghormatan istimewa sebagai wakil tunggal ASEAN untuk memberikan ucapan penutup pada Sidang Pencegahan Keganasan ASEAN-Australia.

“Selain itu hubungan kedua negara sejak dahulu dalam pelbagai bidang membuktikan pengikrirafan kerajaan  di mata kerajaan Australia.

“Kerjasama erat ini tidak akan dicapai atau menjadi kenyataan sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia,” kata beliau, hari ini.

Menerusi catatannya lagi, Najib memaklumkan bahawa perdagangan dua hala antara kedua negara semakin berkembang dengan peningkatan pelaburan sebanyak 23.7 peratus pada tahun lalu berbanding pada tahun 2016.

Malaysia merupakan rakan dagangan ke-9 terbesar untuk Australia manakala Australia pula merupakan rakan dagangan ke-12 terbesar untuk Malaysia.

Selain itu, lebih 300,000 rakyat Malaysia melawat Australia dan terdapat lebih 26,000 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di negara terbabit.

“Ini menunjukkan hubungan erat antara kedua-dua negara yang merentasi pelbagai bidang di mana ekonomi digital dan DFTZ adalah antara bidang baharu untuk kerjasama dua negara,” kata perdana menteri.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 March 2018 11:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: