Kategori Berita Utama

Najib bayangkan kemusnahan negara jatuh kepada pihak salah

7 DIS: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan jika negara tergadai dan terjatuh kepada pihak salah dan tidak bertanggungjawab, apa yang dibina oleh pemimpin terdahulu akan ranap dan musnah, berkecai di depan mata.

Justeru itu kata Perdana Menteri, pilihanraya kali ini meletakkan ahli-ahli UMNO dan rakyat di satu persimpangan pemutus lagi monumental, sebabnya di tangan kita adalah pilihan, yang akan menjadi penentu kepada the fate of this nation.

“ Ternyata ini bukan soal main-mainan, sebabnya percaturan perjuangan kali ini, cukup serius dan tidak ada tawar menawar lagi.

“Sesungguhnya, tidak terbayang oleh kita, mimpi ngeri dan nasib buruk yang bakal menimpa,” kata Najib ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 bertajuk “UMNO pelaksana wasiat pusaka, harapan sejati kesejahteraan,” di Dewan Merdeka PWTC, Khamis.

Katanya, antara kesan kelak ini adalah agama Islam dan syiarnya akan diperlekeh dan dihina,kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dimuliakan manakla institusi kebanggaan orang Melayu Bumiputera seperti MARA, FELDA serta Tabung Haji akan disisihkan.

“Begitulah juga dengan nasib UiTM, institusi kebanggaan UMNO Bumiputera, yang pastinya akan digagalkan objektifnya begitu saja, sekiranya pihak lawan memerintah.

“Sementelahan itu, seandainya pembangkang mengambil alih, Para Penjawat Awam, yang menjadi tulang belakang Kerajaan selama ini, semestinya,… tanpa lengah-lengah lagi, akan dikuncupkan jumlahnya,” tegas Najib lagi.

Malah katanya, sudah tentu sekali, kesumat pihak lawan, sejak sekian lama, terhadap keistimewaan orang-orang Melayu Bumiputera, sebagai leluhur jati di pertiwi ini, dari bangsa yang mulia lagi merdeka, akan dipijak-pijak maruah dan tergadailah kedudukannya.

“Bahkan, lebih buruk dari itu, akan merempat, dicelakan sehina-hinanya sehingga terbangsat di tanah air sendiri,” katanya sambil meminta ahli-ahli UMNO mesti lekas-lekas sedar bahawa, Perhimpunan Agung dan Pilihanraya kali ini, bukan hanya demi UMNO, tidak juga untuk Barisan Nasional namun terpikul misi yang amat besar bagi menentukan survival yang sangat penting takni destini masa depan rakyat dan negara.

JUsteru itu Najib berkata, beliau tidak mahu lagi ahli-ahli UMNO dan rakyat mengulangi kesilapan-kesilapan dan kelalaian-kelalaian yang berlaku pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 11:16 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]