Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib berbuka puasa di rumah TPM

14 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara 5,000 tetamu yang menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria hari ini..

Antara yang hadir termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, menteri-menteri persekutuan, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.

Sebelum berbuka puasa, tazkirah disampaikan oleh pakar motivasi, Syamsul Amri Ismail dalam majlis dikenali sebagai Program Penerapan nilai-nilai murni di bulan Ramadan.

Pada majlis itu, Zahid berkesempatan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada kira-kira 100 anak yatim dari pelbagai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Najib dan Zahid bersama tetamu kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 June 2017 10:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: