Kategori Berita Utama

Najib: Bolehkah pesara 93 tahun ketuai negara?

19 JAN: Bolehkah seorang ‘nonagenarian’ yang dicalonkan Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi ketua negara membawa pembangunan seperti yang dilaksanakan BN, soal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Masih ada lagi yang mahu pesara 93 tahun menjadi perdana menteri. Tak ada negara yang mahu. Termasuk Zimbabwe.

“Serta bolehkah PH memenuhi pembangunan yang dibawa oleh BN?” kata Presiden UMNO itu.

Najib berkata demikian di hadapan 10,000 hadirin di Nabawan, Sabah ketika melancarkan sebuah klinik baharu, Jumaat.

Persoalan beliau adalah berkenaan kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad serta merujuk kepada bekas pemimpin Zimbabwe, Robert Mugabe, 93, yang digulingkan pada November lalu.

Pada masa sama, Najib berkata kemajuan dibawa oleh BN, terutama Sabah bagi memastikan pembangunan negeri itu selari dengan Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Najib berkata lebih banyak peruntukanakan disalur kepada Sabah sekiranya BN diberi mandat selepas PRU14.

Dalam ucapanya, Pengerusi BN itu turut menyebut inisiatif yang dibawanya ketika pertama kali menjadi perdana menteri pada 2009, seperti Lebuh Raya Pan Borneo (RM13 bilion bagi fasa pertama), pusat kesihatan Nabawan termasuk kuarters kakitangan (RM59 juta), Tanjung Aru Development (RM500 juta), Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (RM250 juta) dan RM1 bilion bagi menaik taraf sekolah-sekolah usang dengan Sistem Binaan Berindustri (IBS)

“Dr Mahathir sendiri semasa pemerintahan 22 tahunnya tidak meluluskan banyak pembangunan untuk Sabah seperti saya sejak saya menjadi perdana menteri,” kata Najib.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 January 2018 4:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: