Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib, Tun Rahah lawat makam Rasulullah

10 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama keluarga berkesempatan melawat Raudhah dan makam Nabi Muhammad di Masjid Nabawi, Madinah, pada Selasa.

Menerusi kenyataan di Facebooknya, Najib memaklumkan bahawa Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, memberi kebenaran kepada beliau termasuk ibunya, Tun Rahah Mohammad Noah untuk memasuki makam berkenaan.

“Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga melawat Raudhah dan makam Nabi Muhammad selepas solat Isyak di Masjid Nabawi.

“Kami bersyukur dapat memasuki makam Nabi Muhammad dan diberi penghormatan berbuat demikian kerana ia hanya diberikan kepada tetamu istimewa Kerajaan Arab Saudi sahaja,” katanya.

Terdahulu, Najib mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi di atas jemputan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Ia bagi membincangkan isu dua hala yang dipersetujui kedua-dua negara ketika kunjungan baginda ke Malaysia pada tahun lalu.

Najib dan rombongannya juga dijangka mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 January 2018 7:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: