Kategori Berita Utama

Najib: Dana kaum India era saya lebih tinggi

11 JULAI: Perpaduan komuniti India di negara ini adalah asas kukuh bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam agenda nasional pembangunan yang dirangka kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perpecahan kaum hanya menyukarkan usaha kerajaan merencana pembangunan yang inklusif kepada semua.

 “Selaras dengan matlamat ini, kerajaan melancarkan pelbagai inisiatif terutama dalam bidang pendidikan, tanpa mengira bangsa atau agama

“Perancangan pembangunan pendidikan masyarakat India secara inklusif ini terutama melalui Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB), membuktikan betapa seriusnya kerajaan dalam pendemokrasian pendidikan negara khususnya bahasa Tamil,” katanya hari ini, di Dengkil.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menyemat Plak dan Pelancaran Buku Kegemilangan 200 Tahun Pendidikan Tamil di Malaysia.

Turut hadir adalah Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan timbalannya, Datuk P Kamalanathan.

Sementara itu, Najib menegaskan bahawa pelan yang dirancang itu akan memastikan sosio ekonomi masyarakat India dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik, selaras dengan pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Ini bukan sekadar omongan kosong, sebaliknya adalah satu kenyataan.

“Sebab itulah saya meluluskan peruntukan hampir RM900 juta sejak menjadi Perdana Menteri, lebih tinggi berbanding Perdana Menteri sebelumnya termasuk seorang yang keturunannya dari negara India juga,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 July 2017 9:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: