Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib: Dana RM100j pasang lampu kampung

9 FEB: Lebih 2.5 juta rakyat negara ini akan menerima manfaat selepas kerajaan mengumumkan dana sebanyak RM100 juta untuk memasang 50,000 lampu jalan kampung LED di seluruh negara.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata sebanyak RM50 juta daripada jumlah itu dikeluarkan olehTenaga Nasional Berhad (TNB), manakala kerajaan menampung baki RM50 juta.

“Program lampu jalan kampung dan FELDA memang amat dekat di hati saya. Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk memasang lampu jalan di kampung seluruh negara.

“Saya harap projek pemasangan lampu jalan kampung ini yang dijangka mengambil masa antara 10 hingga 14 bulan ini disegerakan, kalau boleh sebelum Aidilfitri, ” katanya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Penyerahan Lampu Jalan Kampung Fasa 8 Negeri Johor, di Padang Awam Bukit Mor, Muar hari ini.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga Ahli Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 February 2018 7:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: