Kategori Berita Utama

Najib: Dunia kagum dengan Malaysia

15 APRIL: Dunia mengiktiraf Malaysia sebagai negara paling berjaya membantu golongan miskin sehingga ke peringkat memiliki harta serta berjaya dalam perniagaan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata inisiatif berkenaan dimulakan secara berterusan sejak zaman Perdana Menteri Kedua, Tun Razak Hussein.

“Menjadi pegangan dan prinsip kerajaan sekarang bagi meningkatkan ekonomi rakyat miskin terutama di luar bandar.

“Bermacam-macam program dan bantuan diperkenalkan menerusi beberapa agensi seperti FELDA, FELCRA, Majlis Amanah Rakat (MARA), Tekun Nasional (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Kata Menteri Kewangan itu, bantuan pembiayaan dan latihan kemahiran disifatkan sebagai pencetus kepada golongan terbabit bagi memulakan perniagaan yang mahu diceburi.

“Bayangkan jika tiada bantuan, bagaimana mereka mahu mulakan perniagaan mungkin jadi mangsa ceti haram atau along,” katanya hari ini di Pekan.

Sementara itu, Najib berkata Malaysia menjadi satu-satunya negara di dunia yang dinaikkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Bank Dunia sebanyak empat kali dalam tempoh 16 bulan.

“Ia membuktikan negara berada di landasan tepat menjadi negara yang berjaya pada masa hadapan menerusi perancangan teliti oleh kerajaan,” kata Pengerusi BN.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 1:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: