Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib hadiri forum bersama Presiden Russia, Indonesia

14 MEI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara 28 pemimpin dunia dijadual menghadiri majlis pembukaan Forum Jalur dan Laluan bagi Kerjasama Antarabangsa yang bermula hari ini dan esok di Beijing, China.

Perasmian forum disempurnakan oleh Presiden Xi Jinping, pemimpin tertinggi China yang mencetuskan idea inisiatif tersebut pada 2013.

Malaysia menjadi antara negara strategik di Asia Tenggara dalam rencana besar China bagi menggerakkan gagasan Jalur dan Laluan untuk merancakkan kerjasama ekonomi.

Antara pemimpin dunia yang hadir ialah Presiden Russia Vladmir Putin, Perdana Menteri Itali, Paolo Gentiloni, Presiden Turki, Recep Tayyio Erdogan dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Menteri Kabinet Malaysia yang hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Wakil Khas Kerajaan Malaysia ke China, Tan Sri Ong Ka Ting turut hadir pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kebangsaan China (CNCC).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 May 2017 11:31 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: