Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib harap rakyat terus berdoa, TUDM nafi MH370 dikesan

12 MAC : Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Malaysia bertenang, bersabar dan berdoa kepada Allah agar pesawat MH370 dapat ditemui segera.

Menurut Perdana Menteri, pencarian pesawat yang hilang itu tidak hanya memerlukan usaha melalui peralatan dan teknologi canggih, tetapi juga pertolongan Allah.

“Tawakal adalah prinsip orang Islam yang beriman, jangan kita tidak berusaha kerana berusaha itu juga adalah perintah Allah.

NAjib 25 Jan“Kita telah lakukannya secara besar-besaran, kita telah tambah pesawat dan kapal dengan peralatan canggih. Saya yakin lambat laun kita akan jumpa juga, tetapi persoalannya bila? Sekarang kita kena bersabar, berdoa dan insya-Allah kita akan jumpa,” katanya dalam program secara langsung Assalamualaikum terbitan TV Alhijrah, Rabu.

Sementara itu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan media bahawa pihak tentera mengesan pesawat MH370 yang hilang itu di ruang udara Selat Melaka, jauh dari kawasan ia berhubung kali terakhir dengan pengawal trafik udara awam sebelum hilang empat hari lalu.

“Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 March 2014 11:01 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: