Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib janji penuhi aspirasi rakyat

3 OGOS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memohon maaf atas sebarang kesilapan yang dilakukan Kementerian Kewangan.

“Jika ada sebarang kesilapan dan kekasaran, saya dan (Menteri Kewangan Kedua) Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bersama yang lain ingin meminta maaf.

NAJIB MOF“Kami sebagai sebuah kementerian mempunyai tanggungjawab berat untuk menangani kelembapan ekonomi seluruh dunia yang memerlukan perhatian intensif,” katanya ketika menghadiri rumah terbuka Hari Raya Kementerian Kewangan, hari ini.

Jelasnya, kementerian perlu bersiap sedia dengan strategi kewangan dan fiskal baik, supaya rakyat boleh mencapai aspirasi mereka.

“Kami perlu memahami aspirasi mereka dan saya percaya sebagai sebuah pasukan, kami boleh melakukan kerja kami dengan baik.

“Saya juga mahu mengalu-alukan kedatangan Datuk Johari (Abdul Ghani – Timbalan Menteri Kewangan) yang merupakan orang baru yang perlukan sedikit ragging,” katanya secara berseloroh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 August 2015 4:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: