Kategori Berita Utama

PM ke Perth tinjau misi dan sampai penghargaan anggota SAR

31 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Pearce, di Perth, Australia Rabu ini bagi meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang berpusat di sana.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Najib mahu menyampaikan sendiri ucapan penghargaan dan terima kasih daripada kerajaan Malaysia kepada kerajaan Australia serta semua anggota misi SAR di sana, termasuk dari Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Australia memang memberikan komitmen penuh dalam membantu negara ini menjejaki MMH370.

Hishamuddin meneliti laporan SAR MH370 yang diterima daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Rod Smith, Isnin.

Hishamuddin meneliti laporan SAR MH370 yang diterima daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Rod Smith, Isnin.

Malah, perdana menteri negara itu, Tony Abbott pada hari ini menghubungi sendiri rakan sejawatnya Najib bagi maklumkan perkembangan terkini operasi SAR MH370, kata Hishammuddin.

Pada sidang media yang sama, Hishamuddin memberitahu satu taklimat peringkat tertinggi membabitkan pakar antarabangsa, akan diadakan untuk keluarga penumpang MH370 dari China yang berada di Kuala Lumpur.

Malahh sesi taklimat itu juga akan disiarkan secara langsung kepada keluarga penumpang lain di Beijing.

“Taklimat itu akan membabitkan pakar antarabangsa yang tidak ada semasa taklimat di Beijing, termasuk pakar dari China,” katanya.

Hishammuddin menegaskan, taklimat ini akan memberi peluang kepada keluarga penumpang untuk mendengar sendiri secara terus daripada pakar-pakar berkenaan.

“Pakar berkenaan akan boleh menjelaskan kajian, data dan metodologi yang dimaklumkan kepada operasi mencari,” katanya.

“Kami memahami ini adalah masa yang sukar bagi semua keluarga yang terbabit dan menghormati hasrat mereka mahu melihat bukti fizikal sebelum menerima kenyataan penerbangan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

“Kami pula di satu pihak llagi berada dalam kedudukan yang sukar kerana banyak soalan yang dikemukakan oleh mereka kamii sendiri belum mempunyai jawapannnya,” katanya.

Mengenai operasi SAR pada Isnin, beliau memaklumkan setakat ini tiada satupun objek yang dikesan satelit sebelum ini, termasuk yang lima yang sudah ditemui oleh kapal Australia dan China di Lautan Hindi ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Hishamuddin yang juga Menteri Pertahanan juga memaklumkan beliau akan bertolak ke Pusat Pemerintah Pasifik Amerika Syarikat (AS) di Hawaii pada malam ini bagi menghadiri mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN.

Menurut Hishammuddin, mesyuarat yang dijadualkan dari 1 hingga 3 April itu dipanggil oleh Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel.

“Bagi pihak kerajaan, saya akan berkongsi dengan rakan sejawatan ASEAN dan kerajaan AS mengenai perkembangan terkini berhubung pencarian pesawat MH370,” katanya.

SURAT TO HISHAM FROM 15 YEARS OLD KIDSDalam pada itu, kecekalan, ketabahan, ketenangan dan kematangan Hishamuddin mengendalikan kes kehilangan pesawat jenis Boeing 777-200ER milik MAS itu turut mendapat perhatian hingga ke Paris, Peranchis.

Malah pada 8 Mac lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun dari negara itu mengutus sepucuk surat menyatakan kekaguman kepada pendekatan Malaysia serta Hishamuddin mengendalikan krisis kehilangan MMH370 yang membawa 257 penumpang dari 14 buah negara.

Dalam perkembangan berkaitan, laporan melulu media asing yang kononnya tegas mengamalkan etika kewartawanan terus dipertikaikan.

Anak perempuan Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang MH370 pada Isnin berkata, beliau tidak akan memaafkan tabloid Britain, Daily Mail kerana mendakwa bapanya bertanggungjawab di atas hilang MH370. 

Di laman Facebook beliau, Aishah secara sinis berkata, tabloid itu wajar mempertimbangkan untuk menerbitkan filem kerana mereka amat bagus dalam menghasilkan skrip cerita.

Tabloid itu mendakwa memetik “sumber yang rapat dengan keluarga Zaharie” yang mengatakan juruterbang berkenaan berada dalam kegawatan emosi akibat masalah keretakan dalam perkahwinannya.-bnbbc.my

aishah marah Daily Mail

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 March 2014 7:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: