Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib kutuk serangan di Jakarta

25 MEI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam serangan ke atas rakyat Indonesia di terminal bas di Kampung Melayu, Jakarta Timur malam tadi.

“Saya merasa jijik dengan serangan di Jakarta malam tadi.

“Rakyat Malaysia bersama-sama dengan rakyat Indonesia pada waktu seperti ini, ” kata beliau dalam akaun Twitter serta Facebooknya, Khamis.

Najib menyifatkan kejadian terbaharu itu menunjukkan keganasan tidak mempunyai sempadan.

“Ingatan dan doa saya dengan orang-orang tersayang yang berkenaan. Walaupun pengganas cuba untuk menakutkan kita, namun kita mesti merasa tidak gentar dengan mereka. Setiap kekejaman mesti mengentalkan keputusan kita.

Lebih-lebih lagi ini masanya untuk bersatu padu walaupun keganasan ekstrem cuba untuk memecah-belahkan kita, “katanya beliau lagi.

Dalam kejadian berkenaan, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam letupan bom itu dengan lima orang awam turut dilapor tercedera dalam kejadian yang menyaksikan dua letupan dipercayai oleh pengebom nekad yang berlaku dalam tempoh lima minit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 May 2017 1:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: