Kategori Ekonomi

Najib lancar dana perniagaan digital bernilai RM61j

19 DIS: Perdana menteri melancarkan Dialog Axiata Digital Innovation Fund (DADIF) yang juga dana modal teroka korporat terbesar dalam bidang digital di Sri Lanka bernilai AS$15 juta (RM61.5 juta).

Menurut Datuk Seri Najib Razak, ia bagi membiayai pengembangan dalam perubahan menyediakan perniagaan digital di negara itu.

“Pada 2014, saya sendiri melancarkan ADIF (Axiata Digital Innovation Fund) di Kuala Lumpur.

Saya dimaklumkan ini adalah dana ketiga seumpamanya dilancarkan oleh Axiata, malah ini paling dipuji,” katanya hari ini.

Najib berucap semaasa majlis pelancaran DADIF sempena lawatannya ke ibu pejabat Dialog Axiata Plc (Dialog Axiata), anak syarikat Axiata Group Bhd, milik Khazanah Nasional Bhd di negara itu.

Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Sri Lanka turut diberi taklimat mengenai kemudahan ditawarkan termasuk program Sekolah Pintar yang merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Dialog Axiata.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, Najib berkata beliau berbangga dengan pencapaian syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Axiata yang membuat pelaburan melangkaui sempadan Malaysia.

“Hari ini, kita bukan sahaja meraikan pencapaian komersial dan Dialog Axiata, malah sumbangan mereka kepada ekonomi dan komuniti Sri Lanka dengan memperkenalkan kemajuan teknologi komunikasi,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 December 2017 4:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: