Kategori Berita UtamaTragedi MH370

Najib lawat pangkalan RAAF, tinjau operasi mencari MH370

3 APR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Australia hari ini, bagi meninjau lebih dekat operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Beliau tiba di pangkalan itu kira-kira 7.30 pagi dan disambut Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.

pmrafaus

Najib merakamkan ucapan terima kasih kepada negara-negara terbabit misi SAR MH370

Mengiringi Najib ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Penasihat di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamaludin Jarjis, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia Datuk Zainal Abidin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud.

Semalam, Zainal Abidin dalam sidang media dengan wartawan Malaysia berkata Najib dan Abbott akan diberikan taklimat kira-kira 40 minit mengenai misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di pangkalan udara itu.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya dijadual bersarapan pagi dengan anggota pasukan mencari termasuk pasukan mencari dari Malaysia.

Sementara itu laman twitter Pejabat Perdana Menteri (PMO) memuat naik gambar Najib bersama-sama pegawai tentera yang terbabit operasi  SAR dan mengucapkan terima kasih kepada lapan negara yang terbabit misi tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 April 2014 9:43 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: