Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib: Lebih banyak barang berjenama di KR1M

4 FEB: Sebanyak 50 jenis barangan keperluan harian berjenama terkenal akan dijual lebih murah berbanding harga pasaran menerusi Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) 2.0.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia antara penambahbaikan yang dilakukan terhadap Program KR1M yang diperkenalkan sejak 2011 selepas mendapat maklum balas rakyat.

“Namun kali ini kita melaksanakannya di kedai yang menjadi rakan kongsi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Tunas Manja Group (TMG).

“Kita juga menentukan untuk tidak lagi menjual barangan yang tidak berjenama kerana hasil maklum balas kita dapati rakyat lebih berminat dengan yang mempunyai jenama? sebab itu kita kekalkan barangan berjenama tetapi dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran,” katanya.

Najib berkata demikian selepas merasmikan KR1M 2.0 di pasar raya TMG di Temerloh, Ahad.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 February 2018 2:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: