Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib mula pembentangan bajet dengan sindir Tun M

27 OKT: Pembentangan Bajet 2018 petang ini dimulakan dengan penuh sindirian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya sempat menyindir Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum ini menghina keturunan Bugis.

Najib yang sebelum ini tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu, hari ini telah menggunakan Dewan Rakyat untuk membidas kenyataan mantan Perdana Menteri itu dengan berkata ‘orang Kedah semua baik-baik dan ramah-ramah, cuma ada 1, 2 sahaja yang mudah lupa diri’.

 Perdana Menteri mengaminkan doa sebelum membentangkan Belanjawan 2018 di Parlimen pada petang jumaat

Meskipun tidak menyebut nama Tun Mahathir, namun kenyataan itu secara jelas merujuk kepada mantan Perdana Menteri tersebut yang sebelum ini meminta Najib balik ke negara Bugis.

“Sayang seribu kali sayang, dalam kita membina peradaban santun susila, sungguh orang itu memaki mencerca etnik bangsa dari keturunan Bugis.

“Tapi tak mengapa apa yang penting kita wajar terus berjiwa besar bak kata seloka dalam loghat orang utara, orang kedah semua baik-baik dan ramah-ramah, cuma sorang dua yang mudah lupa diri,” katanya ringkas.

Beliau hari ini hadir berbaju melayu warna biru sama dengan ahli parlimen yang lain turut mengenakan pakaian yang sama sebagai simbolik gelombang biru.

Tahun ini juga pembentangan bajet dibuat lebih awal daripada sebelum ini iaitu jam 3.30 petang.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan secara bersahaja turut menyindir pembangkang yang menuduh kerajaan untuk menjual negara apabila membuat lawatan ke negara China.

“Baru-baru ini saya dapat khabar berita Menteri Besar Selangor sendiri berkunjung kr China, kita nak tanya, YB Gombak nak jual Selangor ke?” soalnya sambil mendapat tepukan gemuruh dari sebeah kerajaan.

Turut tidak terkecuali Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut disindir Perdana Menteri yang membuat lawatan ke luar negara.

“Itu pun kira macam mana? nak jual negara juga ke?” soalnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 October 2017 4:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: