Kategori Berita Utama

Najib: Myanmar beri respon positif tangani Rohingya

14 NOV: Tekad Malaysia untuk menangani krisis etnik Rohingya di Rakhine mula membuahkan hasil apabila Myanmar melalui Aung San Suu Kyi memberi komitmen positif dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Manila.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya membangkitkan perkara itu dalam sidang pleno yang turut disokong oleh Indonesia.

“Bila saya bangkit isu Rohingya ini, Suu Kyi memberi respons bahawa kerajaannya sedang merundingkan perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Bangladesh untuk pengembalian pelarian balik ke Rakhine.

“Kedua, dia kata dia akan beri kerjasama untuk memberi peluang bantuan kemanusiaan kepada orang Rohingya. Ketiga, dia sebut mengenai perlunya untuk mencapai penyelesaian jangka panjang.

“Saya terima dengan baik apa yang dinyatakan Suu Kyi. Bagaimanapun kita nak tengok jugalah soal MoU ini, sama ada ada syarat yang munasabah atau syarat yang terlalu ketat,” lapor BH Online, Isnin.

Katanya, ketika sidang ASEAN pada April lalu, Suu Kyi langsung tidak menyebut mengenai Rohingya tetapi kali ini, dia memberikan respon yang lebih jelas dan positif.

“Saya nak kata selesai sepenuhnya, saya tak berani lagi. Kita nak tengok selepas ini terutama butiran MoU, ” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 November 2017 2:49 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: