Kategori Berita Utama

Najib: Negara komited perangi jenayah dagang manusia

28 JUN: Malaysia sentiasa komited untuk menghentikan jenayah pemerdagangan manusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha dalam memerangi jenayah berkenaan dalam negara dan serantau kian membuahkan hasil apabila Malaysia memperbaiki kedudukannya dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2017.

“Syabas kepada mereka yang bekerja dengan gigih untuk mencapai ini. Kami tetap komited untuk menghentikan pemerdagangan manusia, melindungi mangsa dan mendakwa pelaku jenayah ini,” kata Najib menerusi Facebooknya hari ini.

Berdasarkan laporan tahunan itu yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, negara dinaikkan ke Tahap 2 berbanding kekal di Tahap 2 Senarai Pemerhatian bagi tahun lalu.

Laporan itu juga menyebut kerajaan Malaysia menunjukkan peningkatan usaha-usaha dengan memperluaskan siasatan kes pemerdagangan, pendakwaan dan sabitan.

Selain itu ianya juga memuji usaha Malaysia menubuhkan Pasukan Petugas Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran bagi menggembleng usaha operasi antipemerdagangan bersepadu.

Malaysia menyasarkan untuk mencapai status Tahap 1 dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2020.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 June 2017 5:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: