Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib pengerusikan mesyuarat khas MT UMNO

6 DIS: Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017.

Mesyuarat yang bermula jam 8.40 malam itu dilaksanakan di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, ibukota hari ini.

Turut hadir, dua Naib Presiden, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Bendahari, Datuk Seri Salleh Said Keruak serta ahli MT.

Najib yang juga perdana menteri akan merasmikan PAU di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok serta menyampaikan ucapan dasar presiden kepada 5,739 perwakilan dari seluruh negara.

Perhimpunan tahunan parti  berusia 71 tahun itu akan berakhir Sabtu ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2017 11:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: