Kategori Berita Utama

Najib puas hati progres TRX ikut jadual

5 JUN: Fasa pertama projek Tun Razak Exchange (TRX) dijangka siap pada penghujung 2018 dan menjelang 2019.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpuas hati dengan perjalanan dan kemajuan yang telah dialami oleh projek itu.

“Saya sangat berpuas hati dan sangat gembira. Projek ini berjalan seperti yang dijadualkan,” katanya ketika mengadakan lawatan melihat perkembangan projek TRX ini, di ibu negara pada Isnin.

Turut hadir Pengerusi TRX, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Seriga Abdullah dan CEO TRX, Datuk Azmar Talib.

Sambil tersenyum, Najib sempat memulangkan kritikan kepada pengkritik yang meramalkan TRX adalah sebuah projek yang tidak ada nilai pada masa hadapan.

Siapa kata projek ini tidak berjaya?

“Banyak institusi kewangan yang berminat dengan projek ini kerana TRX akan menjadi pusat perniagaan masa hadapan di Kuala Lumpur,” kata Najib.

Signature Tower iaitu menara setinggi 92 tingkat yang merupakan pembangunan utama projek dimajukan oleh syarikat Mulia Group turut memperlihatkan kemajuan pembinaan.

TRX dengan tempoh pembangunan 15 tahun akan disiapkan secara berfasa.

Anggaran nilai pembangunan kasar TRX ialah RM40 bilion dengan ruang pejabat gred A disokong oleh pembinaan kediaman, kemudahan runcit, hospital, pusat hiburan dan budaya bertaraf dunia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 June 2017 8:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: