Kategori Berita Utama

Najib puji tindakan agresif Presiden Filipina tangani militan

30 APRIL: Tindakan agresif Presiden Filipina Rodrigo Duterte terhadap pemberontak seperti Abu Sayyaf di negaranya diharap dapat menjamin keselamatan di rantau Filipina selatan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Filipina kerana berjaya membunuh seorang pemimpin Abu Sayyaf pada dua hari lalu.

“Dengan tindakan Presiden Duterte yang lebih agresif ini, kita harap rantau Filipina selatan ini akan bertambah lebih baik akan keselamatannya,” katanya selepas Sidang Kemuncak Asean 2017, Manila, Ahad.

Sebelum ini, pasukan marin Filipina dilaporkan sudah membunuh seorang komander pelampau Abu Sayyaf iaitu Alhabsy Misaya.

Najib juga berkata beliau melahirkan ucapan terima kasih kepada Duterte kerana membantu menyelamatkan lima orang warganegara Malaysia yang menjadi orang tebusan selama lapan bulan.

Katanya, Malaysia juga telah memberi komitmen untuk terus membantu dalam proses untuk memuktamatkan ”Comprehensive Peace Plan’ yang membabitkan bangsa moro.

Di samping itu, Najib berkata, isu keganasan juga diambil perhatian pada sidang kemuncak kali ini, di mana Malaysia memberi pandangan bahawa sumbangan Malaysia termasuk program pendalikalan yang mencapai kejayaan yang tinggi.

“Kejayaan ini menunjukkan bahawa kita juga boleh memberi sumbangan termasuk  ‘digital counter messaging center’,” kata beliau lagi.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 April 2017 11:46 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: