Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib rasmi Menara Mara Isnin

2 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Menara Mara di Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada Isnin ini.

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata, majlis perasmian yang akan berlangsung jam 8 malam itu adalah bersempena sambutan 48 tahun Mara.

Katanya, perasmian menara itu merupakan manifestasi usaha berterusan Mara dalam memartabatkan kaum bumiputera yang mana tapak asal menara ini adalah bangunan pertama Mara yang didirikan pada tahun 1967..

menaramara

Menara Mara

Menara Mara yang siap sepenuhnya pada 2012 bercirikan reka bentuk komersial kontemporari serta berkonsepkan latar tradisi Melayu progresif dengan penerapan elemen-elemen seni anyaman Melayu tradisional dan juga cokmar yang mana menara ini melambangkan identiti Mara sebagai pemangkin dan pelopor kemajuan Melayu masa kini.

“Menara yang diuruskan oleh Mara Incorporated (Mara Inc.), memenuhi keperluan bumiputera untuk menjalankan perniagaan di lokasi strategik sekali gus membantu usahawan mereka bersaing dalam dunia perniagaan dan perkhidmatan komersial,” katanya dalam satu kenyataan .

annuar100

Annuar

Menara Mara mempunyai ruang pejabat berkeluasan 715.35 meter persegi pada setiap aras dan mempunyai Hotel Premiera bertaraf empat bintang yang turut menyediakan Dewan Utama dan bilik seminar.

Ia juga mempunyai BUSANA@Menara MARA, berkeluasan 6,038 meter persegi yang menyediakan ruang perniagaan kepada usahawan bumiputera yang berwibawa untuk memperluaskan perniagaan dalam kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.

Sempena perasmian menara itu, pameran tentang sejarah, kejayaan serta transformasi Mara turut diadakan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 March 2014 9:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: