Kategori Berita Utama

Najib Razak: Kembali kepada prinsip parti

24 MAC: Semua ahli BN diminta supaya kembali kepada asas perjuangan parti yang mengamalkan perkongsian kuasa dan kesepakatan untuk kebaikan semua kaum, kata Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak

“Kalau kita masih tidak tahu macam mana nak bergerak dalam gerakan tersusun bersama-sama, kita belum lagi jadi orang parti.

“Jadi, kita kena kembali kepada prinsip BN yang dibentuk pada 1974 iaitu bagi menjaga kebaikan semua kaum, rakyat sejahtera dan dapat hidup dengan harmoni, aman, makmur,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen Kuantan hari ini di hadapan lebih 8,000 hadirin.

Turut hadir ialah Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi BN Bahagian Kuantan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat

Pada masa sama, Najib meminta semua ahli BN menyerahkan kepadanya dan pucuk pimpinan  berhubung pemilihan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Ada kala keputusan itu memihak kepada kita, ada kala tak memihak, tetapi lihatlah ia sebagai pengorbanan dalam perjalanan.

“Yang lebih penting kita dapat dirikan kerajaan yang kukuh, stabil, kuat, dihormati dan disegani oleh dunia,” kata Ahli Parlimen Pekan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 March 2018 10:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: