Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib, Rosmah naik MRT

12 JULAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta keluarga mengambil kesempatan menaiki sistem Transit Aliran Massa (MRT) hari ini, bagi menguji keberkesanan fasa kedua dari Semantan ke Kajang.

Beliau ditemani isteri  Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya Ashman kemudianya tiba di stesen Pusat Bandar Damansara kira-kira jam 6 petang tadi.

Mereka kemudian diberi penerangan ringkas mengenai sistem MRT yang menghubungkan laluan antara Sungai Buloh dan Kajang itu.

Video pemimpin nombor satu negara itu menaiki bas penghubung dan kereta api dalam bandar itu kemudiannya dikongsi di laman sosial Instragram petang tadi.

Rangkaian MRT bakal dibuka sepenuhnya dari Sungai Buloh ke Kajang pada Isnin depan.

Sebelum ini kemudahan itu hanya disediakan untuk menghubungkan stesen Sungai Buloh dan Semantan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 July 2017 10:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: