Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib solat terawih di Masjid Kg Baru

16 MEI: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini singgah di Masjid Kg. Baru di ibu negara untuk menunaikan solat tarawih bersama jemaah tempatan.

Beliau turut memuatnaik beberapa gambar dalam akaun twitternya malam ini.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu,” kongsi Najib yang memetik hadis Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Bukharidalam paparan terbaharu itu.
Status dan foto itu dikongsi ramai netizen di media social terutama oleh penyokong-penyokong bekas perdana menteri itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 11:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: