Kategori Berita Utama

Najib, Sultan Brunei rasmi Jambatan Persahabatan di sempadan Malaysia-Brunei

8 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pada Ahad merasmikan Jambatan Persahabatan di sempadan Malaysia-Brunei pada Ahad.

Perasmian bersejarah Jambatan Persahabatan yang menghubungkan di antara Bahagian Limbang, Sarawak dengaan daerah Temburong di Brunei itu menjadi antara bukti hubungan erat antara dua negara yang sudah lama terjalin.

Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Sultan Hassanal Bolkiah memotong riben sebagai simbolik perasmian serta pembukaan Jambatan Persahabatan pada Ahad.

Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Sultan Hassanal Bolkiah memotong riben sebagai simbolik perasmian serta pembukaan Jambatan Persahabatan pada Ahad.

Majlis dimulakan dengan pemimpin kedua-dua negara menandatangani plak diikuti memotong riben sebagai simbolik perasmian, lapor agensi berita Bernama.

Ia merupakan sebahagian aturcara Najib yang berada di Brunei sempena Rundingan Tahunan Pemimpin ke-17 bersama Sultan Hassanal Bolkiah.

Hadir sama ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Fadillah dalam perutusan sekalung budi buku Majlis Perasmian Jambatan Persahabatan Di Antara Negara Brunei dan Malaysia berkata jambatan berkenaan disiapkan mengikut perancangan.

“Dengan pembukaan Jambatan Persahabatan ini akan memudahkan perjalanan di antara Bahagian Limbang Sarawak dan daerah Temburong Brunei, seterusnya merapatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei,” kata Fadillah.

Jambatan Persahabatan berukuran 189 meter panjang dan 14 meter lebar dengan kos pembinaan RM20.8 juta itu dibina merentasi Sungai Pandaruan dan siap pada November 2013.

Projek pembinaan ini dikendalikan melalui perundingan Joint Project Team (JPT) dan Bridge Management Committee (BMC).

Upacara perasmian tapak diadakan pada 13 Sept 2011, manakala kerja pembinaan dimulakan pada Mei 2012.

Malam ini, Najib dan Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan pertemuan ’empat mata’ di Istana Nurul Iman serta menyaksikan pemeteraian dua dokumen dua hala berkaitan kerjasama dalam sektor hidrokarbon dan pembangunan koperasi.-bnbbc.my

Perdana Menteri dan ultan Brunei berjalan kaki meninjau Jambatan Persahabatan sebaik menyempurnakan gimik perasmian.

Perdana Menteri dan ultan Brunei berjalan kaki meninjau Jambatan Persahabatan sebaik menyempurnakan gimik perasmian.

Inilah Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Limbang di Sarawak dengan daerah Temburong Brunei.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 December 2013 2:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: