Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib terbuka terima permohonan maaf Tony Pua

13 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terbuka untuk menerima permohonan maaf Tony Pua berhubung kenyataan Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun, memberitahu pemberita bahawa anak guamnya terbuka untuk menerima maaf daripada Pua juga adalah setiausaha publisiti DAP.

Ini susulan dakwaan Pua dalam sesi siaran langsung Facebook di parlimen beberapa bulan lalu yang mendakwa pembentangan Akta Mahkamah Syarikat (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 bertujuan mengalih perhatian daripada isu 1MDB.

“Beliau terbuka dan akan terima ‘Saya minta maaf perdana menteri’,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab hari ini.

Hafarizam berkata isu berkaitan 1MDB, terutamanya dakwaan Pua bahawa anak guamnya mengambil wang syarikat pelaburan negara itu, mungkin menjadi batu penghalangnya.

Najib memfailkan saman fitnah kedua terhadap Pua kerana menggambarkan Najib menyalahgunakan kedudukan dengan mengarahkan kabinet, melalui speaker Dewan Rakyat, untuk membenarkan pindaan Akta 355 oleh PAS untuk mengalih perhatian daripada isu 1MDB.

Hafarizam juga berkata hakim mengarahkan kedua-dua pihak mengaturkan penyataan tuntutan dan pembelaan berdasarkan fakta dipersetujui dan dipertikai supaya perkara itu berjalan lancar ketika perbicaraan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 5:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]