Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib tinjau persiapan terakhir Bajet 2018

26 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  meninjau persiapan terakhir Bajet 2018 di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Ketibaan Najib yang juga Menteri Kewangan disambut pegawai dan petugas kementerian yang terlibat dalam penyediaan belanjawan itu, sebelum beliau melawat bilik-bilik operasi.

Beliau diiringi Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz dan Datuk Lee Chee Leong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dalam tinjauan itu.

Kebiasaannya, tinjauan persiapan bajet dilakukan pada waktu malam sehari sebelum hari pembentangan belanjawan.

Najib dijadual membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat esok.

Bajet kali ini dijangka jadi tumpuan memandangkan ia dibuat sebelum PRU 14 yang dijadualkan tahun depan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 October 2017 12:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: