Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib ucap Selamat Hari Ponggal

13 JAN: Perdana Menteri mengucapkan Selamat Hari Ponggal kepada kaum India di Malaysia yang menyambutnya bersempena ketibanaan bulan ‘Thai’ dalam kalendar India.

Menerusi entri terbaharu di blognya, Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri turut mengajak semua rakyat Malaysia mengeratkan perpaduan dan persefahaman dengan harapan sambutan ini membawa satu langkah baharu untuk Malaysia yang lebih maju.

Pada masa sama, beliau berkata kesinambungan pemberian manfaat secara langsung melalui program dan projek-projek kerajaan sejak tahun 2009 kepada masyarakat India akan diteruskan.

“Percayalah, masa depan adalah milik kita bersama, ‘Naalai Namathey!’.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Ponggal, atau ‘Ponggal Vaalthukal’ kepada seluruh masyarakat India di Malaysia,” kata Najib, Sabtu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 6:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: