Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib ucap tahniah atas kemenangan besar Putin

20 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meyampaikan ucapan tahniah kepada Vladimir Putin atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden Rusia.

“Tahniah Presiden Vladimir Putin atas kemenangan dalam pilihan raya presiden.

“Malaysia menaruh harapan ke arah menjalin hubungan yang lebih baik dan lebih strategik dengan Rusia,” kata beliau menerusi catatan dalam Facebook.

Putin, 65, mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya presiden pada Ahad, untuk melanjutkan tempoh pemerintahannya selama enam tahun lagi sehingga 2024.

Malaysia dan Persekutuan Rusia akan menyambut ulang tahun ke-51 terjalinannya hubungan diplomatik pada 3 April.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2018 11:17 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: