Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib ucap tahniah kepada Ardern

26 OKT: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pemimpin pembangkang New Zealand, Jacinda Ardern yang telah dilantik sebagai perdana menteri negara tersebut.

Menurut Perdana Menteri, beliau berharap hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan di bawah kepemimpinan Ardern.

“Sekalung tahniah kepada Jacinda Arden. Semoga kita dapat terus mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara pada masa hadapan,” katanya dalam akaun Twitter miliknya, hari ini.

Pada 19 Oktober lalu, Ardern, 37, mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri New Zealand dengan ikrar menjaga kerajaan supaya fokus, aktif dan kukuh serta menyasarkan kemakmuran kepada semua golongan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 October 2017 11:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: