Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib ucap takziah keluarga bekas speaker DUN Johor

14 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Ali Hassan, yang meninggal dunia, awal pagi tadi.

“Terima berita Datuk Mohd Ali Hassan bekas Speaker DUN Johor pulang ke rahmatullah.

“Moga roh dicucuri rahmat. Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah,”katanya menerusi catatan di laman Twitter hari ini.

Mohd Ali, 79, disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Johor, di sini, 2.30 pagi tadi akibat masalah jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Misbah Sakat, 67, dua anak lelaki dan dua anak perempuan serta 11 cucu.

Allahyarham berpengalaman luas dalam bidang politik termasuk pernah memegang jawatan pengerusi Majlis Agama Islam Johor dari 1989 hingga 1990 selain menjadi speaker DUN Johor pada 2004 hingga 2013.

Sementara itu, Kerajaan negeri turut merakamkan ucapan takziah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemergian Allahyarham yang pernah menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Tebrau serta Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) merupakan satu kehilangan besar kerana beliau merupakan tokoh politik yang berwibawa dan banyak berjasa terhadap kerajaan negeri.

“Sepanjang hayatnya beliau juga banyak menyumbang khidmat bakti serta pemikiran khusus dalam pembangunan Islam sehingga dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Johor 1435 Hijrah.

“Untuk itu, seluruh warga negeri ini mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihi-Nya, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 July 2017 12:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: