Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Najib yakin Liverpool tumbang

8 MAC: Sebagai seorang peminat setia kelab bolasepak Manchester United, Datuk Seri Najib Razak tidak keberatan berkongsi sekeping gambar ketika beliau menyokong pasukan kegemarannya menentang Liverpool di sebuah premis di Johor Bahru sebelum ini.

Menurutnya, perkongsian di laman Twitter rasminya itu bertujuan mempamerkan keyakinan beliau bahawa The Red Devil bakal menewaskan Liverpool pada hujung minggu ini dalam perlawanan liga Perdana Inggeris.

“Sabtu malam ini lawan seteru abadi kita, perlawanan paling dinanti-nantikan peminat @ManUtd.

“Saya kongsi foto #ThrowbackThursday tiga tahun lalu tonton perlawanan United-Liverpool di JB, masa ini sorak gol cantik Juan Mata.

“Saya yakin Sabtu ini boleh menang macam ini juga! #GGMU,” kata perdana menteri hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2018 11:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: