Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Nak tumbang PM, pembangkang kena dapat 130 kerusi

15 JULAI: Keinginan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah ‘mimpi di siang hari’ selagi tidak memperolehi majoriti kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata Najib sukar digugat kerana dilantik daripada kalangan pemimpin parti politik yang menang dalam pilihan raya serta mendapat sokongan padu rakyat.

“Pembangkang hanya ingin mengelirukan rakyat kononnya Perdana Menteri boleh ditumbangkan jika memberi sokongan kepada parti mereka padahal perkara seumpama itu sukar dilakukan.

“Sebenarnya pembangkang perlu mendapat 130 kerusi seperti yang diperoleh Barisan Nasional (BN) jika ingin menumbangkan Najib dan mereka sedar sokongan rakyat terhadap parti mereka mula berkurangan,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Maran di Dewan UMNO Pekan Tajau, Pahang hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Ketua Wanita UMNO bahagian, Datuk Rosni Zahari.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 July 2017 2:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: