Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Nasrudin gagal rebut jawatan, 3 naib presiden kekal

1 MEI : Ahli Parlimen PAS Temerloh, Nasrudin Hassan gagal dalam cubaannya untuk menempatkan diri dalam kalangan tiga naib presiden PAS hari ini.

Keputusan yang diumumkan menunjukkan perwakilan memilih untuk mengekalkan semua tiga penyandang.

Jumlah undi yang diperolehi Nasrudin juga agak jauh ketinggalan berbanding calon lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong, ketika mengumumkan keputusan itu mengesahkan Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad mengekal jawatan mereka.

Idris yang juga Ahli parlimen PAS Bukit Gantang memperoleh undi terbanyak iaitu 1,062 undi, diikuti Mohd Amar (950 undi) dan Iskandar (703 undi).

Nasrudin yang sebelum ini diberi kepercayaan oleh parti itu menjadi ketua penerangan sekadar mengumpul 478 undi.

Sebelum ini dengan latar belakang Nasrudin sebagai seorang tokoh agama dan penceramah handalan dilihat boleh memberi kelebihan padanya.

Malah kedudukannya sebagai bekas ketua pemuda PAS juga dikatakan menyumbang kepada undi daripada sayap parti itu.

Sementara itu bagi jawatan Anggota Jawatankuasa Pusat PAS, anak bekas mursyidul am parti itu, Nik Abduh Nik Abdul Aziz memperoleh undi terbanyak daripada perwakilan.

 

Berikut adalah senarai penuh Barisan tertinggi PAS 2017-2019.

PENGERUSI TETAP

1) Hussin Ismail (Menang Tanpa Bertanding – MTB)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1) Ustaz Kamal Shaari (MTB)

PRESIDEN

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (MTB)

TIMBALAN PRESIDEN

1) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (MTB)

NAIB PRESIDEN (3)

1) Ustaz Idris Ahmad (1062)

2) Datuk Mohd Amar Abdullah (950)

3) Datuk Iskandar Abdul Samad (703)

4) Ustaz Nasruddin Hassan (478)

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1) Najib Mat (MTB)

2) Mat Syukor Abd. Aziz (MTB)

AHLI JAWATANKUASA KERJA (18)

1) Dr Riduan Mohd Noor (970)

2) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (932)

3) Datuk Mohd Nassuruddin Daud (970)

4) Dr Mohd Zuhdi Marzuki (878)

5) Ustaz Sallehen Mukhyi (848)

6) Razman Zakaria (730)

7) Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (1005)

8) Dr Rosni Adam (752)

9) Mohamad Sanusi Md. Nor (606)

10) Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan (1001)

11) Dr Najihatussolehah Ahmad (887)

12) Ustaz Mokhtar Senik (724)

13) Ustaz Abdullah Hussin (666)

14) Muhtar Suhaili As-Sarawaki (618)

15) Ustaz Zaharuddin Muhammad (583

16) Ustaz Norazli Musa (565)

17) Zainal Abidin Kidam (450)

18) Mohamad Noor Mohamad (559)

19) Dr Mohd Fuad Salleh (496)

20) Dr Halimah Ali (872)

21) Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi (797)

22) Ustaz Ahmad Yahya (612)

23) Kamaruzzaman Mohamad (715)

24) Ustaz Misbahul Munir Masduki (639)

25) Dr Azman Ibrahim (730)

26) Ustaz Saiful Bahri Mamat (556)

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 May 2017 3:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: