Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Neelofa boleh didakwa hina Islam

1 MAC: Pelakon dan usahawan, Neelofa bakal berhadapan dengan tindakan perundangan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977, susulan menganjurkan majlis pelancaran koleksi tudung beliau di sebuah pusat hiburan di ibu negara, Isnin lalu.

Laporan BH Online yang memetik Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor menjelaskan bahawa berdasarkan Seksyen 7 Akta, segala bentuk tindakan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina adalah disabitkan dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan pelakon  itu bukan sahaja boleh memberi gambaran negatif terhadap wanita Muslimah yang bertudung tetapi juga secara tidak langsung boleh menjatuhkan kesucian agama Islam itu sendiri.

“Walaupun Neelofa dilaporkan sudah meminta maaf, tetapi tidak bererti beliau terlepas daripada tindakan undang-undang, “katanya.

Menurutnya lagi, Neelofa juga berhadapan dengan tindakan mengikut Seksyen 35 Akta yang sama atas tuduhan menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan kegiatan maksiat.

“Bagaimanapun ia terpulang kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap selebriti itu atau sebaliknya,” kata Salkukhairi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 March 2018 12:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: