Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Nenek 99 tahun mahu bertanding PRU

19 JAN: Seorang warga emas, Maimun Yusof, 99, bakal menjadi calon pilihan raya umum paling tua dalam sejarah Malaysia susulan tidak menolak kemungkinan untuk bertanding lagi sekiranya keadaan kewangannya mengizinkan.

“Kalau ada wang, nak juga masuk bertanding sekali lagi. Tapi nak buat macam, sekarang ini, tok Maimun sudah tak ada pitih,”lapor Harian Metro.

Menurut Maimon, walaupun kalah dalam pilihan raya sebelum ini, beliau tidak serik untuk mencuba lagi sekali kerana beliau masih sihat lagi.

Bekas calon bebas kawasan Parlimen Kuala Terengganu berkata beliau mungkin “tidak sempat” mengumpul sekurang-kurangnya RM10,000 deposit untuk bertanding di kerusi Dewan Rakyat apabila PRU14 perlu diadakan sebelum Ogos ini.

Pada pilihan raya umum pada 2008 dan 2013, beliau dilaporkan berbelanja kira-kira RM60,000 dalam kedua-dua pilihan raya itu untuk menjadi calon dan berkempen.

Pada kedua-dua pilihan raya umum itu juga, Maimun hilang wang pertaruhan.

Maimun, yang lebih senang dipanggil Tok Mun, sebelum ini menggamit perhatian apabila bertanding di kawasan parlimen Kuala Terengganu pada PRU ke-12 pada 2008 dan PRU13.

Penyertaan Maimun dikatakan menjejaskan peluang Mohamad Sabu yang ketika itu bertanding sebagai calon PAS yang tewas kepada calon BN, Datuk Razali Ismail dengan 628 undi.

Pada 2013, beliau hanya mendapat 182 undi apabila tewas kepada Pengerusi PAN Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang bertanding atas tiket PAS.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 January 2018 3:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: