Kategori Berita Antarabangsa

Netanyahu kecam keputusan undian PBB

22 DIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengutuk keputusan undian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam yang tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibukotanya..

Bagaimanapun, Netanyahu (foto) berkata beliau berpuas hati dengan jumlah negara yang tidak terbabit dalam undian itu.

“Israel menolak sepenuhnya resolusi yang tidak masuk akal ini.

“Baitulmaqdis adalah ibu negara kami, selama-lamanya,” katanya dalam petikan video yang dimuat naik secara atas talian.

Lapor AFP, dalam proses undian semalam, resolusi itu mendapat sokongan 128 negara dan menerima bantahan dari sembilan negara.

Selain Amerika Syarikat dan Israel, resolusi dibantah oleh Guatemala, Honduras, Togo, Micronesia, Nauru, Palau dan Kepulauan Marshall.

Sebanyak 35 negara memilih berkecuali, termasuk Argentina, Australia, Kanada, Croatia, Republik Czech, Hungary, Latvia, Mexico, Filipina, Romania dan Rwanda.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 December 2017 10:17 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: