Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Nga Khor Ming hina wanita: Label amah, makcik jaga bangunan

6 MAC: Tindakan Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Khor Ming menghina Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun apabila mempersendakan beliau dengan label ‘amah’ (pembantu rumah) menerusi laman sosial Twitter miliknya adalah juga penghinaan kepada seluruh kaum wanita negara ini.

Mei Fun, calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mengecam tindakan Nga dan menyifatkannya sebagai ‘sikap diskriminasi’ yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Perak.

Punca

Punca

Nga mempersendakan Mei Fun setelah calon BN berkenaan mengedarkan kad ucapan Sambutan Hari Wanita Sedunia kepada pengundi wanita di DUN Kajang.

“Saya hanya mengedarkan kad ucapan khas kepada pengundi wanita sekitar DUN Kajang semalam bagi memberi penghormatan kepada mereka sempena Hari Wanita Sedunia dengan menggunakan gambar sebuah seterika antik.

“Gambar seterika dalam kad ucapan itu melambangkan kuasa wanita untuk meringankan kesakitan dan perjuangan dalam keluarga seperti menghilangkan kedutan pada kain, bukannya sebagai amah seperti yang didakwa beliau (Nga),” kata Mei Fun.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden MCA yang diadakan di Kajang, Khamis.

Pada Rabu, Mei Fun yang menyertai program lawatan rumah ke rumah di Sungai Chua, mengedarkan kad ucapan khas tersebut kepada pengundi wanita sempena Hari Wanita Sedunia yang akan disambut Sabtu ini.

“Calon MCA ‘Char Bee Hun‘ (Goreng Mi Hun) berpakaian seperti makcik penjaga bangunan, hari ini dia memegang seterika, saya fikir dia mahu memohon kerja sebagai amah dan lupa rakyat mahu memilih pengubal undang-undang yang lantang dan berkebolehan,” terjemahan daripada posting Nga yang juga Ketua DAP Perak menerusi laman sosial Twitter beliau.

Kenyataan itu bagi merujuk kepada kad ucapan Mei Fun yang dicetak dalam Bahasa Mandarin dan Inggeris dengan slogan ‘trusty and reliable Chew Mei Fun‘ (Chew Mei Fun yang amanah dan boleh dipercayai).

PRK DUN Kajang dijadualkan pada 23 Mac dengan penamaan calon ditetapkan 11 Mac ini.-bnbbc.my

Nga Alif Nga Alif Nga Nga

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2014 11:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: