Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ngeh guna kesempatan pertahan diri bocor rahsia kerajaan

26 MAC: Ahli Parlimen DAP Beruas Ngeh Koo Ham mengambil kesempatan dengan mengemukakan soalan di Parlimen untuk mempertahankan dirinya sedangkan kes yang dibangkitkan adalah di bawah urusan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ia berikutan kes kebocoran maklumat dari fail kerajaan negeri Perak yang dikategorikan sebagai sulit.

Tindakan Koo Ham itu ditegur Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee serta Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan menyatakan kesalahan tersebut adalah di bawah Akta Rahsia 1972 (OSA) dan adalah tidak bertanggungjawab Koo Ham mempertahankan undang-undang yang salah.

Sebelum itu ahli parlimen DAP itu meminta Kementerian Dalam Negeri menyatakan mengapa kes berkenaan Laporan Polis Daerah Pusat Repot disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan ADUN kawasan Setiawan, Buntong, Trunoh dipanggil untuk disiasat.

“Maklumat yang diperolehi adalah di bawah akta rahsia, ia adalah salah jika ingin menzahirkan rahsia kerajaan dan yang kedua, Yang Berhormat pertahankan perkara yang salah dan melanggar undang-undang di bawah Akta Rahsia 1972 (OSA),” katanya ringkas.

Bagaimanapun, Koo Ham terus memberi soalan tambahan sehingga melebihi had masa untuk mendesak menteri menjawab persoalan beliau, namun diselar ahli parlimen Gerik Datuk Hasbullah Awang yang menyatakan beliau tahu akan perkara sebenar tentang perkara tersebut.

“kalau berani main api, kenapa takut?” soal Hasbullah.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya memerlukan keterangan Koo Ham melibatkan kes kebocoran maklumat tersebut.

Menurut Hasnan, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 yang mana siasatan kes tersebut juga tertumpu kepada isu-isu jenayah yang lain seperti yang dilaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 March 2018 12:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: