Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

David Teo diberi 3 hari buat permohonan maaf

18 MEI: Enam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) memberi tempoh tiga hari kepada Datuk David Teo untuk membuat permohonan maaf secara langsung susulan tindakannya ‘biadapnya’ di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, malam tadi.

Wakilnya, Pengerusi Pertubuhan Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPM) Mejar (B) Razali Zakaria berkata tindakan David jelas mempamerkan sikap tidak profesional, tambahan di dalam majlis rasmi membabitkan pemimpin tertinggi negara.

“(Kami) meminta penjelasan daripada David Teo diatas kebiadapan dihadapan Perdana Menteri. Jadi kita tidak boleh membiarkan budaya provokasi sebegini terutamanya ketika majlis rasmi Perdana kerana ini mencerminkan rakyat Malaysia.

“Kita bagi tiga hari pada dia. Tak lama, cuma buat pengisytiharan (maaf). Susah ke.

“Kita akan minta segala bantuan-bantuan dari kerajaan akan dihentikan. Kita minta kementerian penerangan,” katanya dalam satu sidang media di hadapan pejabat Metrowealth di Petaling Jaya hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2017 4:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: