Kategori Berita Utama

NGO kutuk Khalid lebih berpolitik selesai isu Kalimah Allah

10 JAN: Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) mengutuk sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat lebih mengambil pertimbangan politik dalam menyelesaikan isu berkatan agama Islam di Selangor termasuk isu Kalimah Allah.

Sehubungan itu, NGO berkenaan berharap Khalid dan kerajaan negeri tidak lagi mempolitikkan isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja serta tindakan JAIS merampas cetakkan kitab bible bahasa Melayu kerana ianya dilakukan menurut perundangan sedia ada.

demojais2

Sebahagian NGO menyatakan sokongan tindakan JAIS dalam mempertahankan Kalimah Allah

“Kepimpinan NGO juga mendesak agar pihak JAIS dan Polis harus menyiapkan laporan siasatan dengan segera dan mendakwa paderi Lawrence Andrew kemuka keadilan,” tegas Pengerusi Sekretariat NGO tersebut, Datuk Jamal Md Yunos.

Sementara itu, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor melaksanakan undang-undang mempertahankan Kalimah Allah baru-baru ini dapat sokongan pelbagai NGO.

Kira-kira 300 orang daripada beberapa NGO berhimpun di hadapan Bangunan Sultan Idris Shah bagi menunjukkan sokongan masing-masing.

Antara terbabit Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO lain yang bernaung di bawah Sekretariat NGO Selangor.

Menurut Jamal, pihaknya menghantar memorandum sokongan terhadap JAIS yang bertindak menguatkuasakan Enakmen Syariah Negeri Selangor selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Negeri dan Agama Islam.

Katanya, kepimpinan NGO yakin dan percaya bahawa tindakan tu berdasarkan peruntukkan perundangan yang menjadi bidang kuasa JAIS.

demojais1

Jamal menyerahkan memorandum sokongan kepada JAIS

“Penguatkuasa bertindak berdasarkan keperluan penguatkuasaan undang-undang tanpa dipengaruhi oleh campur tangan mana-mana parti politik,” katanya..

Justeru itu, kepimpinan NGO Selangor mahukan agar proses penguatkuasaan sentiasa dijalankan mengikut peruntukkan perundangan sedia ada, istiqomah untuk mempertahankan kesucian Islam dan menangani segala usaha yang boleh mengugat kedudukan serta kesucian Agama Islam sebaiknya.

Terdahulu, selepas selesai solat Jumaat, Jamal telah menyerahkan memorandum sokongan kepada Sultan Selangor di Masjid Negeri Selangor. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 January 2014 4:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: