Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Nik Abduh: PKR zalim sebab rapat dengan DAP

23 MEI: Selepas dituduh PAS zalim hanya kerana condong kepada UMNO, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membidas PKR disebabkan menjalinkan hubungan rapat dengan DAP.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS berkata tuduhan bahawa parti Islam itu condong kepada UMNO disifatkan tidak betul disebabkan masih tiada kerjasama rasmi antara kedua-dua parti dalam masa terdekat.

“PKR tuduh PAS rapat dengan UMNO, tuduh PAS zalim. Saya nak tuduh PKR rapat dengan DAP, jadi PKR pun zalim juga.

“PAS dengan UMNO sehari dua, belum jalin kerjasama. Yang mereka nampak Datuk Seri Hadi Awang pakai baju sedondon dengan Najib, dan pertemuan Hadi dengan Shabery Cheek di Terengganu.

“Itu belum lagi tahaluf siyasi dengan UMNO, dan belum tentu lagi ada kerajaan campuran dengan UMNO,” katanya dalam satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan semalam.

Menurut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, PKR terbukti menzalimi PAS dengan membuat kerjasama dengan DAP, dan PAN yang kemudiannya membentuk Pakatan Harapan dua tahun lalu.

“PKR memang sudah buat Pakatan Harapan dengan DAP, sudah mesyuarat sekali sampai sanggup pecah dengan PAS kerana sayangkan DAP. Jadi yang mana betul?,” kata Nik Abduh.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 May 2017 4:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: